Tuesday, 15 March 2011

SEJARAH DIRI DAN KEGIATAN DAKWAH USTAZAH NORRZALIDAWATY YUSSOF



DISEDIAKAN OLEH : CHE HUSNA BT CHE HASIM
DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABDUL AZIZ B HARJIN
NO. MATRIK : 2010271384
PROGRAM : AS120 ( DIPLOMA IN SCIENCE)
TARIKH SERAH : 15 MAC 2011

ISI KANDUNGAN :
• ABSTRAK
• PENDAHULUAN
• PROFILE USTAZAH NORRZALIDAWATY
• KEPERIBADIAN
• LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
• LATAR BELAKANG KELUARGA
• SUMBANGAN USTAZAH ZA
• PENGALAMAN PAHIT MANIS
• NASIHAT USTAZAH
• PENUTUP
• RUJUKAN

ABSTRAK
Definisi tokoh islam :

Tokoh islam didefinisikan sebagai seseorang yang berilmu terutamanya dalam hal perkaitan dalam islam,yang mana ia wajar dijadikan sebagai ‘role-model’ dan tempat rujukan ilmu bagi orang lain. Disamping itu,ia juga mempunyai identiti , mentaliti , dan moraliti yang hebat dalam dirinya berbanding orang lain. Kematangan dalam kepimpinan diri dan pemikiran menjadi asset untuk dicontohi. Kebiasaannya figura ataupun tokoh ini disanjungi dan di jadikan ikutan yg baik kerana mereka kaya dengan nilai-nilai positif.
Seseorang tokoh selalunya mempunyai kecerdasan,kegigihan,keikhlasan,dan lain2 sifat mulia. Oleh itu Nabi Muhammad saw dididik sendiri oleh Allah swt untuk menjadi Qudwah Hasanah yang utama dalam hidup orang islam. Baginda adalah ‘penterjemah’ Al-Quran dlm bentuk praktikal. Jadi,setiap orang islam mesti menjadikan Rasulullah saw sebagai role model dlm kehidupan mereka. Dan role model didikan Allah ini adalh figura yg paling ideal dan tiada cacat celanya. Allah swt sangat menjaga keperibadian Rasulullah saw bukan setakat percakapan dan sikapnya,malah masam manis mukanya juga turut dikawal oleh Allah swt.



PENDAHULUAN

Assalamuaikum.. segala puji-pujian kepada Allah diatas segala nikmat yang diberikanNYA terutama nikmat iman dan islam. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga saya menyiapkan tugasan CTU151 yang bertajuk ‘SEJARAH DAN KEGIATAN DAKWAH TOKOH ISLAM’. Jutaan penghargaan saya ucapkan terutama sekali kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin kerana telah banyak membimbing dan mendorong saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih tidak terhingga terutama sekali kepada Ustazah NorrZalidawaty Yusoff kerana telah banyak menyumbangkan info dan sumber maklumat mengenai diri beliau. Tambahan pula,sumber-sumber ilmiah saya yang dapati daripada akhbar,internet dan buku juga telah banyak membantu saya. Dalam tugasan ini,saya telah memilih Ustazah NorrZalidawaty Yusoff sebagai tokoh islam yang wajar dicontohi. Hal ini kerana beliau merupakan salah seorang ustazah yg sangat disegani dan di kenali di kawasn tempat tinggal saya. Keperibadian dan keunggulan akhlak beliau telah berjaya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui sejarah dan latar belakang beliau secara lebih mendalam,lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang ustazah di maahad. Justeru,semoga apa yang dikongsikan mengenai beliau,dapat sama-sama kita mengambil manfaat dan contoh buat kita.

PROFIL USTAZAH NORRZALIDAWATY YUSOFF

















Nama sebenar : Norrzalidawaty bt Yusoff
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1977
Tempat Lahir : Kota Bharu,Kelantan
Status : Sudah Berkahwin (seorang cahaya mata)
Alamat : PTB 436, Tmn. Seri Selising, 18500,   Machang Kelantan
Pekerjaan : Ustazah di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan
Pesanan hikmah :
‘lihatlah pada apa yang kita ada, barulah kita sedar erti bersyukur
jangan dikenang pada apa yang kita tiada, nanti kita kufur’


Ustazah Norrzalidawaty telah dilahirkan 14 Oktober 1977 di Kampung Seberang Lating,Mulong Kota Bharu Kelantan. Beliau dibesarkan oleh ibunya,Zaharah bt Che Seman dalam keadaan yang serba sederhana. Ibu beliau merupakan seorang pekeja kilang di sebuah kilang minyak masak di pinggir Bandar dan ayah beliau telah pun meninggal dunia sewaktu beliau berumur lima tahun. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Walaupun telah kehilangan ayahnya sewaktu kecil lagi,namun beliau dan adik beradiknya yang lain dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibunya. Ibu beliau tidak pernah sesekali mengabaikan beliau dan adik beradiknya yg lain terutama dari segi pendidikan agama,meskipun sibuk bekerja.
Sejak daripada kecil lagi,beliau telah diasuh untuk hidup dalam kehidupan yg susah agar tahu erti hidup untuk bersyukur dengan apa yang ada. Namun,hal tersebut bukanlah menjadi halangan untuknya tetapi menambahkan lagi keazamannya untuk meneruskan kehidupan kerana itu adalah pengalaman dan pengajaran daripada hidup. Ibunya pula sangat memberi penekanan dan tegas dalam yg hal2 yg berkaitan agama kerna tidak mahu anak2 nya menjadi insan yang tidak berguna. Hal inilah yang telah banyak mencorak hidup beliau kearah yang lebih baik. Ciri-ciri dan sifat ibunya inilah sedikit sebanyak telah terserap dalam diri dan perwatakan beliau.
Beliau merupakan seorang yang mudah mesra,peramah dan suka berkongsi tentang hal-hal imu agama. Beliau sesekali tidak pernah lokek ilmu. Jadi,tdak hairanlah beliau sangat disegani dalam kalangan masyarakat kampung dek kerana perwatan beliau. Beliau lebih mesra dan sinonim dipanggil dengan panggilan Ustazah Za dalam kalangan pelajar-pelajarnya dan masyarakat kampung.




LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Ustazah Za mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Keling pada tahun 1984-1989 daripada darjah satu hingga enam. Tidak lama kemudian Ustazah Za telah menamatkan pengajian aliran Melayu untuk bertukar ke aliran pegajian agama di Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu Kelantan bermula dari kelas peralihan sehingga Tingkatan 6 Atas iaitu pada tahun 1990-1997. Keputusan untuk mengubah ke aliran agama dilakukan oleh ibunya sendiri kerana memikirkan masa depan Ustazah Za yang lebih sempurna jika diberi pengetahuan di dalam bidang agama.
Ustazah Za amat di hormati dalam kalangan para pelajar diatas kelebihan dan kebolehannya sehingga dilantik menjadi “Ketua Banat” yang merupakan jawatan yang bukan mudah untuk disandang pada ketika itu.
Sekitar tahun 1999 Ustazah Za berpeluang mnyambung pengajian peringkat diploma di Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Baru di Selangor dalam jurusan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Kemudian Ustazah menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan yang sama di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

LATAR BELAKANG KELUARGA
Ustazah Za merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Ibunya seorang pekerja kilang manakala arwah ayahnya dulu seorang askar. Anak ke-3 daripada empat beradik ini telah berkahwin dengan Muslim b. Ahmad@Ismail pada 14 ogos 2008. Hasil dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang cahya mata, Aminatul Wafa bt Muslim.Suami beliau kini sedang mengikuti pengajian peringkat Master di UIA dalam jurusan Library and Information Science.

Ustazah Za dan suaminya
Ustazah Za bersama puterinya

keluarga bahagia




SUMBANGAN USTAZAH ZA
Ustazah Za memulakan pengalaman pertamanya bekerja sebagai guru tasmi’ di Pusat Tahfiz Al-Fudail Klang dari tahun 2002 hingga 2003. Kemudian Ustazah Za berpindah ke Pusat Tahfiz Unggul Klang pada tahun 2004-2006 juga sebagai guru tasmi’. Penghijrahan Ustazah Za selama bertahun di rantauan orang telah membawanya kembali bertugas di negeri kelahirannya,Kelantan sepertimana yg dihajatkan. Pada 2007, Ustazah Za telah ditukarkan bertugas di Kelantan di Maahd Tahfiz Sains Tanah Merah (2007-sekarang). Di maahad,Ustazah Za merupakan guru tasmi’ Al-Quran dan beliau juga mengajar subjek pendidikan Islam dan pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
Di maahad,Ustazah Za sangat baik dan mudah mesra dengan pelajar-pelajarnya. Hal ini dapat dilihat apabila Ustazah Za mudah berkomunikasi dengan pelajar2 nya dan mudah untuk dibawa berbincang. Apabila pelajar2 mempunyai masalah tentang hal peribadi mahupun pelajaran,pelajar lebih suka berdampingan dan meminta nasihat daripada Ustazah Za.
Aktivitinya di rumah pula,pada setiap malam isnin,selasa,rabu dan Khamis Ustazah Za akan mengadakan Kelas Tajwid dan Qiraat Al-Quran untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah di rumahnya. Manakala pada setiap hujung minggu, ustazah akan mengadakan kelas tajwid Al-Quran untuk golongan yang berumur dan ustazah juga terlibat dengan usrah dan kuliah mingguan di masjid berhampiran. Hal ini sedikit sebanyak telah membuatkan Ustazah Za menjadi akrab dengan penduduk setempat daripada golongan muda hingga golongan tua. Tambahan pula, setiap kelas tajwid dan apa saja program keagamaan yang diadakan,ustazah tadak akan mengenakan dan mengambil apa-apa bayaran pun daripadanya. Apa yang penting katanya,setiap perkara yang dilakukan hendaklah memberi manfaat kepada orang lain yang lebih utama berbanding manfaat pda diri sendiri. Dalam urusan menyebarluaskan ilmu,wang ringgit usah diambil kira kerana yang penting adalah keikhlasan dan kesan yang baik selepas kita menyebarkan ilmu itu. Kesungguhan dan komitmen anak-anak kecil bersungguh-sungguh datang mengaji Al-Quran serta keinginana golongan dewasa datang ke majlis2 ilmu, itu sudah memadai membuatkan Ustazah Za gembira.
Ustazah Za tetap konsisten untuk mencurahkan ilmu pengetahuan tanpa ada sedikit pun rasa jemu. Di situlah keringatnya banyak tertumpah dan kegigihannya dipamerkan. Disebabkan oleh minat yang mendalam dan atas rasa kesedaran menyampaikan ilmu serta tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pendakwah. Untuk mengajar tentu perlukan sedikit masa untuk mentela’ah apa yang akan di sampaikan. Masa 24jam yang ada digunakan sepenuhnya. Kebiasaanya mengurangkan waktu tidur adalah kaedah yang paling efektif untuk memanafaatkan masa yang ada.
Walau sesibuk mana sekalipun, Ustazah Za masih tetap ada masa terluang dengan keluarga terutamanya ketika waktu makan. Duduk makan bersama suami dan anak adalah suatu yang amat diberi perhatian kerana di kala inilah banyak kata-kata nasihat akan di sampaikan. Peluang itu ditunggu-tunggu oleh beliau dan suami untuk berbincang hal-hal kekeluargaan dan digunakan dengan sebaik mungkin untuk mendidik secara lisan dan praktikal. Kata-kata berikut sering diucapkan:
"...Sebaik-baik makanan adalah yang disentuh oleh ramai orang..."
Sesekali mereka sekeluarga diajar untuk makan di dalam talam, berlauk ikan masin dan hanya berkuahkan air masak. Ia dilakukan semata-mata bagi menerapkan erti kepayahan dan kesusahan dalam kehidupan. Kaedah didikan sebeginilah yang difikirkan amat berkesan dalam mendidik sakhsiah dan keperibadian anak-anak. Hal inilah yang pernah dilakukan oleh ibu beliau sewaktu beliau masih kecil.
sentiasa mesra dengan pelajar-pelajarnya
Ustazah juga banyak terlibat dengan bersama pelajar aktiviti di maahad
kelas tajwid dan qiraat Al-Quran yang diadakan di rumahnya




PENGALAMAN PAHIT MANIS SEPANJANG BERTUGAS SEBGAI SEOARANG USTAZAH

Dalam melayari kehidupan sebagai pendidik,bukannya mudah lebih-lebih lagi perempuan. Pelbagai cabaran datang walaupun kita sebenarnya sedang berbuat kebaikan, namun itulah fitrah. Setiap perkara yang dilakukan pasti ada pahit manisnya. Begitulah lah juga yang dihadapi oleh ustazah sepanjang bergelar pendidik. Pengalaman pahit yang di laluinya banyak memberi erti dalam hidupnya dan menjadikan beliau lebih matang untuk menghadapi sessuatu perkara itu.

Pengalaman pahit yang tidak bisa dilupakan adalah sewaktu beliau bertugas sebagai warden asrama perempuan di Maahad Tahfiz Sains. Hal ini berlaku apabila ustazah sendiri diserang oleh ibu bapa pelajar kerana dituduh tidak pandai menguruskan kebajikan pelajar selain dituduh bersikap terlalu garang dengan pelajar. Namun ustazah menghadapi semua tekanan itu dengan sabar dan hati yang tenang. Akhirnya segala masalah dan andaian yang bukan2 dilemparkan ke atas ustazah dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Selain itu,sewaktu awal-awal beliau berpindah ke kawasan tempat tinggal beliau,kehadiran beliau agak kurang disenangi oleh sesetengah penduduk kampong. Ustazh pernah di tuduh berlagak alim dan suka mengambil kesempatan serta pelbagai lagi tanggapan negative dilemparkan ke atas dirinya. Tetapi, dengan berkat kesabaran ustazah, akhirnya ustazah menjadi orang yang paling rapat dengan penduduk kampung kawasannya sekarang. Inilah yang dikatakan hikmah dalam berdakwah.

Pengalaman manis pula adalah apabila pelajar dapat menghafal dan tasmi’ dengan lancar suatu muka surat yang ditetapkan. Hal ini sudah cukup[ membuatkan ustazah gembira. Selain itu, Ustazah Za juga sangat terharu kerana ada yang sesetengah bekas pelajarnya di maahad dulu telah pun berjaya melanjutkan pelajaran di Mesir. Hal ini salah satu melambangkan ketinggian ilmu islam itu dijulang dengan berlakunya pertambahan bilangan pelajar Malaysia di Mesir.ia secara tidak langsung membuatkan Ustazah Za begitu bangga dengan anak2 didik beliau yg mana Ilmu yg dicurahkan selama ini bukanlah sia-sia.
Ustazah Za bersama pelajarnya
kegigihan dan ketekunan pelajar maahad

para pelajar maahad di hari graduasi
sebahagian daripada anak didik Ustazah Za


NASIHAT USTAZAH
Menjalankan kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia di sisi Allah Ta'ala. “Jika kamu menolong Agama Allah, nesacaya Allah pasti akan menolong kamu” mafhum ayat al-Quran. Pengiktirafan Allah Ta'ala inilah yang tertinggi dan mahu di kejar oleh para ilmuan dan pendakwah sejak dari zaman Rasullulllah s.a.w, para sahabat baginda, pengikut sahabat dan pewaris-pewaris baginda hingga akhir zaman. Bagi yang merintis jalan yang mulia dan berliku ini, tiada yang lebih penting dari pengiktirafan dari Allah Taa’la
(إﻧﻤﺎ ﻳﺨﺸﻲ اﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻋﺑﺎده اﻟﻌﻠﻤﺎء)
Ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah Ta'ala dari kalangan hamba-Nya hanyalah Ulama’”

Bukanlah pengiktirafan dunia yang mahu dikejar. Paling penting adalah untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala, mengeluarkan diri, keluarga serta maysrakat dari zulmat (ﻇﻠﻤﻪ) gelap kejahilan dan berkongsi ilmu pengetahuan yang ada. Inilah antara tiga tujuan utama dalam menjalankan usaha dakwah..




PENUTUP

Keunggulan keperibadian Ustazah Norrzalidawaty telah banyak memberi pengajaran dan contoh yang baik kepada kita terutama dalam usaha menuntut ilmu dan berdakwah.. Justeru, kita sebagai genarasi pelapis islam yang unggul,haruslah memantapkan akidah dan iman kita. Sentiasalah memperbaiki diri, mencari ilmu,menuntut ilmu,menyebarkan ilmu dan mendaulat ilmu agar Islam kembali menaungi 2/3 dunia. Disamping itu,islam turut menyarankan sentiasalah bergaul dan berdampingan dengan para ulama kerana hati kita akan tenang dan akhlak kita akan bercambah baik. Teladanilah keperibadian tokoh-tokoh islam yg terdahulu dan kini,agar kita dapat membentuk modal insan muslim yang beraspirasi tinggi dan berkualiti. Akhir kalam ,hanya tiga perkara ditinggalkan yang boleh menjamin kesinambungan pahala hingga hari kiamat.Pertama: Sedekah jariah, Kedua: Ilmu yang bermanafaat dan diamalkan oleh para muridnya dan Ketiga: Anak-anak yang ramai lagi soleh yang mendoa'kan kebahagiannya di alam baqa'. Ini adalah pegangan Allahyarham TG dan harus menjadi pegangan setiap muslim berdasarkan al-Hadis Nabi s.a.w:
(اذا ﻣﺎت اﺑﻦ ادم اﻧﻘﻄﻊ ﻋﻣﻠﻪ إلأ ﻣﻦ ﺛﻠاث: ﺻﺪﻗﻪ ﺟﺎرﻳﻪ, أوﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ, أو وﻟﺪ ﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ)
Ertinya: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat atau anak soleh yang berdoa untuknya".
Sebagai penutup bicara,saya menyeru ‘ Sentiasalah bersidang di mahkhamah hati, kerana hati tidak pernah berdusta, selagi hati ini tidak mati’
Sekian, terima kasih
Wassalam..


RUJUKAN

• Orang Sumber : Ustazah Norrzalidawaty Yusoff
• Majalah : majalah Solusi edisi 28/2011
• Koleksi gambar peribadi Ustazah Za
• Kepada semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

1 comment: